Kelab-kelab Toyota Premier League (TPL) sedang membuat satu kajian terperinci kepada proposal untuk menukar kuota pemain import mereka mulai musim 2017 yang bakal membuka peluang kepada pemain-pemain bola sepak profesional dari rantau ASEAN.
Menurut Benjamin Tan yang memegang jawatan sebagai Timbalan CEO & Director of Club Licensing Thai Premier League, pihak penganjur liga sedang mengadakan perbincangan dengan pihak kelab bagi memperkenalkan kuota mandatori pemain import dari ASEAN mulai tahun hadapan.
Untuk masa sekarang, setiap kelab Thai Premier League dibenarkan untuk mendaftarkan 5 pemain import dimana sekurang-kurangnya seorang adalah dari negara-negara Asia.
Dibawah proposal baru ini nanti, dari 5 pemain import, seorang wajib dari negara-negara Asia dan seorang lagi wajib dari negara-negara ASEAN. Ini bermakna, pemaim-pemain dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja, Filipina serta Timor Leste akan mempunyai peluang terbuka luas untuk beraksi dalam liga bola sepak Thailand.
“Idea untuk kuota mandatori pemain import ASEAN ini telah lama dibincangkan”, kata Tan,40, yang juga merupakan bekas Pengarah Pembangunan & Perancangan Persatuan Bola Sepak Singapura.
“Kami sedang membincangkan dengan lebih lanjut samada idea ini mampu dilaksanakan atau tidak dengan kelab-kelab Thai Premier League”.
Tan juga percaya jika perkara ini mampu dilaksanakan, membawa pemain-pemain terbaik dari ASEAN beraksi di Thailand akan memacu pretasi Thai Premier League itu sendiri lebih jauh disamping mampu menarik penja-penaja dari negara-negara ASEAN itu sendiri.
Thai Premier League yang disebut sebagai liga bola sepak profesional terbaik ASEAN, Thai Premier League pada kebiasaannya mampu ‘sold-out’ tiket perlawanan liga dan mampu mencecah 25,000 penonton bagi perlawanan yang besar.
Menurut seorang pemain Singapura yang beraksi bersama Army United, Hassan Sunny, pemain yang mengimpikan untuk beraksi disini perlu meningkatkan prestasi permainan mereka ke tahap lebih tinggi.
“Pemain Singapura dan ASEAN yang lain perlu membuktikan yang mereka cukup bagus untuk beraksi dalam Thai Premier League. Disini mereka berada disatu tahap lain dari segi kualiti dan intensiti.”
Jika semua berjalan lancar, pentas Piala AFF Suzuki 2016 nanti merupakan satu peluang bagi pemain ASEAN untuk mempamerkan bakat mereka kerana pastinya “scout team” dari 18 kelab Thai Premier League ini akan memerhatikan lebih dekat pemain-pemain yang berpotensi dibawa ke Thailand musim hadapan.