Malaysia Berita

TMJ: Pemain JDT sentiasa beri komitmen tinggi wakili negara, bantu Malaysia layak Piala Asia

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan pemain JDT yang tidak menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala AFF 2022.

Ini setelah 11 pemain JDT tidak menyertai skuad kebangsaan atas pelbagai faktor dengan hanya Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah Usman yang akan beraksi kali ini.

“Pemain tidak menolak buta-buta,” kata TMJ dalam akaun Instagram miliknya.

“Mereka sentiasa memberikan komitmen
yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.

“Kita boleh tengok prestasi permain
dalam skuad kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA. Mereka memberi sepenuhnya.”

Namun, katanya, pemainnya sudah beraksi terlalu lama semenjak bulan Januari tahun ini.

“Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan domestik kita berehat, permain tiada rehat kerana mereka ada kem latihan selama 3 minggu.

“Kita adalah satu satunya negara yang kem latihan paling lama. Negara jiran semua ada ikut konsep Eropah di mana kem hanya seminggu
sebelum perlawanan.

“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.

“Contoh pemain lapor diri bulan Januari, Piala AFF habis 15 Januari. Bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan training none stop cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin.

“Mereka manusia macam kita. Semua buta nak kejayaan tetapi tiada yang ada inisiatif sikap kemanusiaan. Itu pasal tak kemana.

“Yang terkejar kejar piala AFF yang tiada
dalam kalendar FIFA ini hanya mereka yang populis semata mata nak dapat simpati atau sokongan orang ramai kerana nak naikkan imej peribadi masih relevan dalam industry bolasepak tanah air.

“Apa punya pemimpin atau ketua tiada simpati terhadap pekerjanya?Tiada rasa segan. Yang bayar gaji dan melabur adalah kelab bukan awak.

“Apa punya sikap pakai barang orang tetapi tiada bersikap bertimbang rasa.

“Bayangkan anda beli dan bayar kereta tapi orang lain pakai kereta sesuka hati mereka. Apabila rosak, anda yang kena betulkan, sedangkan kereta tu anda yang punya.

“Nak berjaya kita semua kena kerja secara
kolektif. Pemain sudah membuktikan komitmen
mereka dengan layak Piala Asia. Takkan AFF
yang dunia tak mengambil serius pun kita terkejar-kejar semata mata populariti, trend, dan voting.

“Aim bigger, think big. Cakap jangan nak sembur saja.”