Kolum Eropah

[VIDEO] Mourinho bertemu kelab lama

Tottenham Hotspur akan berkunjung ke Old Trafford bagi aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi nanti. Ketua Jurulatih Spurs, Jose Mourinho bakal bertemu dengan bekas pasukan bimbingannya.

Kedua-dua pasukan berada dalam situasi yang berbeza. Tuan rumah, Manchester United masih lagi bergelut dengan prestasi semasa yang dipamerkan. United diikat dalam dua perlawanan liga sebelum ini walaupun telah mendahului permainan. 

Sementara itu, Spurs dibawah bimbingan Mourinho sudah mula menemui rentak dalam dua perlawanan sebelum ini dengan mencatat dua kemenangan. Namun masalah di bahagian pertahanan perlu segera diatasi oleh Mourinho.

Barisan serangan Spurs yang dikemudi Harry Kane dan Heung Min Son dilihat akan menjadi ancaman terbesar buat United. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada Januari lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer menang tipis 1-0 hasil jaringan Marcus Rashford.