Kolum Eropah

[VIDEO] Reunion Terry dan Lampard

Dua bekas pemain Chelsea, Frank Lampard dan John Terry bakal bertemu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi nanti. Kedua-dua pemain kini memikul tanggungjawab dalam bidang kejurulatihan.

John Terry yang merupakan bekas kapten pasukan Chelsea adalah pembantu jurulatih kepada Dean Smith di Aston Villa. Villa berada di tangga ke-15 liga selepas aksi terumbang-ambing dalam lima perlawanan sebelum ini. Pada Ahad lepas, skuad bimbingan Dean Smith berjaya mengikat Manchester United 2-2 di Old Trafford.

Sementara itu, Chelsea yang kehilangan penyerang utama, Tammy Abraham ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Valencia berada dalam misi mencari kemenangan selepas tewas mengejut keatas West Ham United Sabtu lepas. Anak buah Frank Lampard beraksi dengan baik sebelum ini dan pasukannya berada di kedudukan keempat liga.

Kedua-dua pasukan menghadapi situasi yang berbeza namun misi mencari kemenangan masih menjadi matlamat utama. Status pemain penyerang Chelsea, Tammy Abraham masih belum diketahui dan dijangka akan diturunkan jika telah pulih sepenuhnya. Abraham yang pernah beraksi bersama Aston Villa sebagai pemain pinjaman  telah menjaringkan 26 gol daripada 40 penampilan pada musim lepas. Ketua pasukan Villa, Jack Grealish sekali lagi memikul amanah untuk terus memacu pasukan mencari mata dalam setiap perlawanan.