Liga Super Malaysia Berita

Syamim Yahya sertai Melaka United

Ahmad Syamim Yahya sah menyertai Melaka United bagi musim 2020, selepas hanya semusim bersama Terengganu.

Penolong pengurus Melaka, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata pengalaman Syamim mampu memberi impak besar buat skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan.

Syamim memulakan karier di Johor FA pada 2012 sebelum berhijrah ke T-Team setahun kemudian.

Pemain 29 tahun itu menyertai Felda United pada 2014 dan beraksi di kelab itu selama tiga tahun sebelum menyertai Pahang pada 2017.

Namun, Syamim hanya kekal setahun di Pahang apabila beliau kembali ke Felda dan berjaya merangkul juara Liga Perdana pada 2018.

Syamim menyertai barisan pemain baharu lain iaitu Khair Jones, Ferris Danial, Nurridzuan Abu Hassan dan import baharu Uche Agba.

Melaka juga dijangka mengumumkan Deshorn Brown yang pernah beraksi di Major League Soccer (MLS).