Malaysia Berita

Perpindahan pemain dalam Liga Malaysia

Liga Bola Sepak Malaysia menutup tirai dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala Malaysia kedua dalam masa tiga tahun. JDT menumpaskan Kedah 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Maka, berita penghijrahan pemain-pemain mula menular sejak kebelakangan ini. Beberapa pasukan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan status pemain-pemain bagi musim lepas. Majoriti pasukan yang lain masih belum mengesahkan status pemain mereka atas sebab sedang dalam percutian.

Antara pasukan yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemain-pemain mereka adalah Pulau Pinang, Terengganu FC, dan Kedah. 

Naib Juara Piala Malaysia dan Juara Piala FA 2019, Kedah telah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua pemain import barisan serangan mereka iaitu Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez. Satu video ucapan perpisahan kedua-dua pemain ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Kedah FA semalam. 

video farewell Nando Joni

📽️ Every journey has an end. Good luck in your future undertaking FR9 and JB10!BIAR JASA JADI KENANGAN!

Posted by FA Kedah on Tuesday, November 5, 2019

Selain itu, Terengganu FC juga dilaporkan telah mengesahkan 12 pemain akan dilepaskan. 12 pemain tersebut adalah Tcheche Kipre, Thierry Chanta Bin, Wan Azraie, Khairu Azrin, Syamim Yahya, Adib Aizuddin, Abdul Malik Mat Ariff, Shahrul Aizad, Khairul Anwar, Hasnizaidi Jamian dan juga Izuan Rosli. Manakala dua pemain import iaitu Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov akan terus dikekalkan bagi musim depan.

🏴🏳️ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KESEMUA BEKAS PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN TERENGGANU FC 2019 🏳️🏴Terima…

Posted by Terengganu Football Club on Monday, November 4, 2019

Satu lagi pasukan dari utara tanah air, Pulau Pinang pula menggugurkan 17 pemain bagi memberi ruang muka baru pada musim hadapan. Antara pemain yang dilepaskan adalah Afiq Azmi, Azrul Ahmad, Zamer Selamat, Wan Mohd Syukri, Abdul Aziz Ismail, dan A. Segar.

TERIMA KASIH 2019..!Dengan berakhirnya kontrak pemain untuk musim 2019, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang ingin…

Posted by FA Penang on Sunday, November 3, 2019

Pelbagai berita berkaitan perpindahan pemain akan menyusul tidak lama lagi. Kesemua pasukan sedang giat untuk mencari pemain baru yang berkualiti bagi menghadapi saingan pada musim hadapan.