Ketua jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti menyokong tindakan Mario Balotelli selepas pemain itu diserang dengan sorakan berbaur perkauman ketika beraksi bersama Brescia.
Carlo Ancelotti supports Mario Balotelli's reaction to racism 💪 pic.twitter.com/xZgwCRvCRF
— GOAL (@goal) November 5, 2019
‘Dia (Balotelli) melakukan tindakan yang tepat. Beberapa siri episod telah berlaku apabila perlawanan terganggu sebelum ini’, tegasnya lagi.
Terdahulu, satu insiden berbaur perkauman telah berlaku ketika perlawanan diantara Hellas Verona menentang Brescia. Bekas bintang Manchester City, Mario Balotelli dikatakan menjadi mangsa keadaan dengan sorakan berbaur perkauman dilancarkan ketika perlawanan berlangsung.
Balotelli walking off the pitch after racist chants from Verona fans, Italian football is the pits.
Again! and Again…when will FIFA impose heavy sanctions on racists bigots. #Balotelli pic.twitter.com/8Y2mFJ9ANp
— Sbu Mthembu (@sbu_mthembu) November 3, 2019
Balotelli yang kelihatan tidak tahan dengan sorakan tersebut telah mengambil bola dan menendang kearah penonton di stadium. Perlawanan juga terganggu apabila kedua-dua belah pasukan cuba untuk memujuk Balotelli untuk meneruskan perlawanan.
Pemain yang berasal dari Itali itu menjaringkan gol cantik buat Brescia pada minit ke-85. Gol tersebut merupakan respon Balotelli kepada penyokong yang bersikap perkauman dengannya pada perlawanan tersebut.
https://twitter.com/psychoclownblog/status/1191022921680064512
Namun begitu, Brescia terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 keatas Hellas Verona. Keputusan ini mengekalkan Brescia di tangga kedua tercorot liga dengan kutipan tujuh mata, manakala Hellas Verona di tangga kesembilan dengan pungutan 15 mata.