Malaysia Berita

Lagenda Liverpool dan Manchester United bakal berentap dalam kejohanan ‘The Battle of the Reds’

Peminat Liverpool (LFC) dan Manchester United (MUFC) akan mendapat keuntungan besar apabila Firm Horizon Sdn Bhd bersama-sama dengan Masters Football Asia, mengumumkan kejohanan ‘The Battle of the Reds’  di Sabah.

Kejohanan yang bakal berlangsung buat julung kalinya di Kota Kinabalu bakal mengambil tempat pada 20 November 2019 di Stadium Likas.

Master Football Asia bakal membawa bekas pemain profesional daripada dua kelab terbaik Eropah bagi merealisasikan impian peminat untuk menonton mereka dengan lebih dekat dan Kota Kinabalu bakal menjadi saksi 32 bekas pemain Liverpool dan Manchester United berentap.

Bagi menghidupkan lagi suasana, pelbagai acara bola sepak bakal berlangsung bermula 16 November ini dengan pelbagai aktiviti bakal dilakukan bagi memberi peluang kepada penonton untuk merasai sendiri kehangatan kejohanan tersebut.

Muncul untuk kali pertama ialah Jason McAteer, pemain tengah yang bermain di Anfield dari 1995 hingga 1999. McAteer membuat 139 penampilan untuk kelab sebelum berpindah ke Blackburn Rovers.

Turut bersama beliau adalah Steve McManaman, Peter Crouch, Emile Heskey, David James, Jari Litmanen, John Arne Riise, Dietmar Hamann dan Danny Murphy.

McAteer berkata, “Ia akan menjadi pengalaman pertama saya bermain di Asia Tenggara mewakili Liverpool. Sabah adalah salah sebuah bandar indah di dunia dengan peminat Liverpool yang paling setia di Malaysia. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka semua. ”

Bagi Manchester United, Teddy Sheringham telah mengesahkan kehadirannya bersama-sama dengan Ronny Johnsen, Mikael Silvestre, Clayton Blackmore, dan Keith Gillespie.

Untuk merasai pengalaman ini seumur hidup, peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket secara eksklusif melalui platform e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee mulai hari ini dan sehinggalah tarikh kejohanan.

Tiket berharga RM150, RM280, RM380 dan RM900 ; hanya 14,600 tiket yang boleh didapati, manakala sejumlah 60 pemegang tiket awal berpeluang untuk memenangi makan malam secara eksklusif bersama-sama dengan lagenda daripada kedua-dua kelab.

Peminat juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Shopee, permainan dalam aplikasi dan hadiah serta mendapat peluang untuk bertemu dengan idola bola sepak mereka.

Untuk membeli tiket perlawanan, pergi ke laman rasmi Masters Football Asia di Shopee dengan melayari laman web ini : https://shopee.com.my/m/mfa