Luar Negara Berita

Video – Atletico Madrid kemuka bukti Griezman langgar kontrak

Sevan Karian, salah seorang wakil Antoine Griezmann, dilaporkan telah menghantar e-mel kepada adik perempuan Griezman, Maud dan ayahnya Alain pada bulan Mac.

E-mel ini dikatakan mengandungi maklumat mengenai tawaran Barcelona untuk pemain kelahiran Perancis tersebut bersama-sama dengan draf kontrak yang mengandungi cadangan gaji.

Menurut Marca, sumber yang melaporkan isu berkenaan dan Ketua Pegawai Eksekutif Atletico Madrid, Miguel Angel Gin Marin masing-masing mempunyai salinan asal emel tersebut.

Disebebkan itu, emel ini akan menjadi bukti kukuh yang akan di bawa ke mahkamah.

Pihak Atletico Madrid sebelum ni mendakwa bahawa Barcelona sepatutnya membayar 200 juta euro bagi mendapat Griezmann kerana ia adalah jumlah asal yang dinyatakan di dalam klausa perpindahan kerana perbincangan untuk mendapatkan khidmat beliau telah berlaku sebelum 1 Julai.

Hujah yang diketengahkan oleh Atletico Madrid adalah rundingan kedua-dua pihak telah berlaku sebelum harga klausa perpindahan jatuh.