Malaysia Berita

AFF B-15 2019 : Bagaimana skuad B-15 tahun negara meloloskan diri ke separuh akhir?

Malaysia berjaya mengikat Thailand, 1-1 untuk mara ke separuh akhir Kejohanan AFF B-15 2019 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B semalam.

Manakala aksi lain Kumpulan B menyaksikan Australia berjaya menumpaskan Brunei 4-0 tetapi gagal untuk melayakkan diri ke separuh akhir apabila memerlukan Thailand atau Malaysia kalah dengan jaringan yang besar.

Pada perlawanan tersebut, jaringan sendiri Thailand menerusi Sittha Boonlha pada minit-minit akhir perlawanan berjaya menyelamatkan Malaysia daripada tewas selepas ketinggalan seawal minit ke-18.

Malaysia bakal bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir pada 7 Ogos nanti.

Malaysia vs Brunei

Malaysia memulakan kempen ini dengan menentang Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan B dan berjaya membelasah lawan, 8-0.

Skuad P Maniam mudah menumpaskan Brunei dengan Muhammad Harry Danish berjaya melengkap hatrik sebelum Zubaidi Mohd Buang, Wan Muhammad Hakim, Muhammad Nabil Qayyum dan Muhammad Aliff Izwan masing-masing menyumbang gol untuk pasukan negara.

Malaysia vs Kemboja

Pada perlawanan kedua menentang Kemboja, skuad muda negara berjaya meneruskan rentak kemenangan dengan mengukuh lagi kedudukan mereka di Kumpulan B selepas menang 2-0 ke atas Kemboja.

Para pemain meneruskan motivasi sama ketika bertemu Brunei apabila Muhammad Izrin Ibrahim (63’) dan Muhammad Aliff Izwan Yuslan (66’) menjaringkan gol kemenangan untuk meletakkan Malaysia di kedudukan selesa.

Malaysia vs Australia

Skuad pelapis negara menjadikan Australia mangsa ketiga apabila mereka mudah menumpaskan Aussie dengan jaringan besar 3-0 di Chonburi, Thailand.

Tiga jaringan daripada Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar, Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin dan Muhammad Izrin Ibrahim berjaya memberi nafas lega buat pengendali, P Maniam kerana beliau tahu bahawa Australia adalah lawan yang sukar.

Malaysia vs Laos

Skuad B-15 tahun negara menghadapi misi sukar ketika bertemu Laos apabila diikat seri 1-1.

Malaysia bernasib baik apabila jaringan sendiri Laos menerusi Vongsakda Chanthaleuxay pada minit-minit akhir perlawanan telah menafikan kemenangan Loas yang berjaya meletakkan diri mereka di hadapan pada minit ke-33 menerusi Thipphachan Khambai One.