Luar Negara Berita

Rahsia di sebalik kejayaan Nicolas Pepe – Dari masa kecil yang sukar sehingga ke dewasa yang senang

Nicolas Pepe telah melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Lille dengan harga 80 juta euro.

Kehadiran pemain kelahiran Ivory Coast ini telah berjaya membentuk barisan penyerang depan Arsenal yang kukuh bersama-sama dengan Alexandre Lacazette and Pierre-Emerick Aubameyang.

Walau bagaimanapun, Pepe mempunyai cerita yang mencorakkan diri beliau hari ini, baik di dalam dan di luar padang.

“Keluarga saya berhijrah dari Ivory Coast ke Perancis pada tahun 1995 dan pernah memberitahu saya betapa sukarnya [kehidupan kami sebelum ini], terutama ketika kami berada di sekolah. Mereka memberitahu saya, bahawa kami [anak-anak] mempunyai segala-galanya dan mereka tidak mempunyai apa-apa,” katanya kepada arsenal.com.

“Mereka akan bercerita kepada kami tentang bagaimana mereka berjalan kaki tanpa memakai kasut atau selipar dan kami [anak-anak] bernasib baik untuk pergi ke sekolah dengan bas. Apabila kami membesar, ibu dan ayah berhenti kerja dan datang ke sini hanya kerana bola sepak serta untuk memastikan impian saya menjadi kenyataan.

“Mereka berada di sana pada masa-masa yang paling sukar dan masa yang terbaik serta mereka masih berada di sini, itulah yang mereka lakukan hingga ke hari ini, mereka bantu saya membina mimpi ini menjadi kenyataan dan mereka akan terus berada di sisi saya untuk menyokong saya . ”

Pepe adalah pemain baharu Arsenal, beliau sebelum ini bermain untuk Lille selama dua musim dan berjaya merekodkan 35 gol dalam 74 penampilan di Ligue 1.

Cerita kejayaan Pepe ini sebaiknya menjadi tauladan kepada semua untuk mencapai sesuatu perkara, kita memerlukan seseorang untuk menolak kita lebih jauh.

Tanpa orang-orang dibelakang kita, mungkin kita tidak sampai di mana kita berada sekarang.