Piala FA Malaysia Berita

Tonton video rangkuman Piala FA 2019 yang mampu buat anda ‘goosebumps’

Piala FA 2019 sudah melabuhkan tirai dengan Kedah telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menewaskan Perak 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Perlawanan yang terpaksa di bawa sehingga ke masa tambahan setelah jaringan terikat 0-0 pada awal 90 minit telah menyaksikan Fadzrul Danel bangkit menjadi hero skuad Helang Merah.

Dengan dua seturu utara bertemu, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu video yang mampu untuk membuatkan anda ‘goosebumps’ biarpun anda bukanlah penyokong Kedah atau Perak.

Video yang berdurasi sembilan minit ini merangkumi hari sebelum perlawanan dan juga sewaktu perlawanan berlangsung.

Kualiti yang ditonjolkan sangat baik dengan beberapa momen penting malam tersebut telah diabadikan dengan baik.