Malaysia Berita

FAM tetap utamakan pengadil tempatan

Selepas mengambil tiga pengadil import pada aksi final Piala FA di antara Kedah dan Perak, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pengadil luar sebagai tradisi.

Bercakap kepada Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid menyatakan bahawa FAM sentiasa komited dalam memberi keutamaan kepada pengadil tempatan.

Beliau juga turut menyatakan bahawa final Piala Malaysia nanti bakal di adili oleh pengadil tempatan.

Walau bagaimanapun, beliau memuji cara ketiga-tiga pengadil luar mengendali pentas akhir Piala FA minggu lalu.