Malaysia Berita

Ong Kim Swee buka pintu untuk Danel dan Fayadh

Ong Kim Swee memberi talian hayat kepada dua pemain muda Kedah, Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Fayadh Zulkifli untuk kembali dipanggil menyertai skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Kedua-dua pemain beraksi pada aksi final Piala FA menentang Perak minggu lalu dengan Danel berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Aksi kedua-dua pemain berjaya menangkap mata pengendali Bawah 23 tahun negara dengan Berita Harian melaporkan bahawa Ong Kim Swee bersedia memberi peluang kepada kedua-dua pemain.

Fayadh masuk pada minit ke-86 dan berjaya menunjukkan kelincahan beliau dengan menggelecek pertahan Perak manakala Danel mencipta rekod peribadi apabila menjaringkan gol di pentas akhir sekaligus memberi Kedah kemenangan Piala FA yang ke lima.