Berita AFC Champions League

JDT tumpas di halaman sendiri

Berakhir sudah perjuangan Johor Darul Ta’zim dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas selepas tewas 0-1 kepada Shandong Luneng FC (Shandong Luneng) di laman sendiri, sebentar tadi.

Graziano Pelle menghancurkan harapan Harimau Selatan untuk melangkah ke pusingan 16 dengan gol Pelle hadir pada minit ke-21.

Permainan bermula garang apabila JDT dalam pemburuan gol awal, manakala Shandong Luneng dalam misi mencari gol kemenangan.

Keadaan tempang dibahagian pertahan dapat dilihat dengan ketiadaan Mauricio Nascimento yang dilaporkan cedera, malah bahagian serangan pula kurang ketajaman dengan ketiadaaan Gonzalo Cabrera.

Tenaga Diogo Luis Santo dikerah sebelum mereka membuat pertukaran pada separuh masa kedua dengan membawa masuk Cabrera, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri.

Percubaan demi percubaan telah mengagalkan misi JDT untuk layak ke peringkat lebih tinggi.

Tetapi, harus di ingat ini hanyalah sebuah permulaan buat JDT dan bukannya pengakhiran.