Luar Negara Berita

Zidane sasar gelaran La Liga

Zinedine Zidane mensasarkan gelaran La Liga pada saingan musim hadapan.

Sasaran ini diletak sebagai satu cara bagi menebus kekecewaan musim ini apabila bakal menghabiskan musim ini tanpa piala.

Dengan ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona, para pemain Madrid dilihat tidak boleh lagi mengejar mereka.

“Untuk kami tahun depan, kejayaan dalam liga akan menjadi nombor satu,” kata Zidane.

“Ia kejohanan paling panjang, ia satu-satunya yang tidak boleh terlepas dan saya akan mengingatkannya kepada setiap pemain.

“Ia akan menjadi yang paling penting buat kami, tanpa meminggirkan yang lain, kerana kami akan bertarung untuk semua yang ada di kelab, tapi paling penting ialah La Liga.”