Luar Negara Berita

Mourinho idam kejuaraan Eropah

Jose Mourinho bersedia untuk kembali mengurus mana-mana kelab bagi mengejar gelaran Liga Juara-Juara ketiga.

Bercakap kepada AFP, Mourinho memberitahu media bahawa beliau gembira jika dilantik semua sebagai pengurus kelab bagi menambah kejayaan peringkat Eropah seperti yang dilakukan bersama Porto pada 2003 dan Inter Milan tujuh tahun selepas itu.

“Jika saya menang Liga Juara-Juara ketiga, ia hebat,” kata pengendali berusia 56 tahun itu.

“Saya mahu bermain pada tahap terbaik, iaitu Liga Juara-Juara.

“Saya mahu berada (dalam pemburuan Liga Juara-Juara tahun depan). Kadangkala anda tidak berada dalam saingan, tetapi anda perlu menang saingan lain.”

Mourinho mengakui bahawa beliau sedia kembali melatih mana-mana kelab Eropah.

“Saya boleh kembali ke negara yang saya sudah pernah berada dan secara jujur, saya gembira berada di mana-mana negara yang saya pernah bekerja,” katanya.

“(Atau) saya boleh cuba sesuatu yang sangat penting, iaitu bekerja di negara kelima dan cuba menang semuanya di negara kelima sama seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini.”