Malaysia Berita

Cuaca panas paksa Dollah Salleh pendekkan waktu latihan

Musim panas yang melanda negara telah memaksa skuad Tok Gajah memendek waktu latihan di sebelah petang.

Perkara ini diakui oleh pengendali Pahang, Dollah Salleh bagi memaksikan anak buahnya berada di dalam prestasi terbaik dan tidak mengalami masalah kesihatan.

Memetik kata-kata beliau di Berita Haria, “Setakat ini, sesi latihan berjalan dengan lancar dan pemain tidak menghadapi masalah kesihatan sama ada demam dan batuk kesan daripada cuaca panas.

“Sebab itu saya lewatkan sesi latihan pada waktu petang iaitu pada jam 5.30 petang hingga 7 malam berbanding kebiasaannya jam 5 petang berikutan cuaca panas yang melanda negara.

“Pada masa sama, saya nasihatkan pemain untuk memastikan mereka berada pada prestasi terbaik kerana Pahang akan kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada 30 Mac ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Tok Gajah mempunyai tujuh pemain yang bertugas untuk Harimau Malaya pada kempen Piala Airmarine 2019 dan Kejuaraan Bawah B-23 Bolasepak Asia (AFC) 2020.

Manakala dua import mereka masing-masing bersama skuad kebangsaan Indonesia dan Singapura.