Malaysia Berita

Muhammad Zafuan Tinggalkan Perlis Untuk Bersama Pasukan Pulau Pinang

Pemain Bawah 19 tahun negara, Muhammad Zafuan Azeman yang sebelum ini berkelana ke Itali bagi mencuba nasib di kelab Serie B, Venezia FC akhirnya dilepaskan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

PFA dalam satu kenyataan telah mencapai kata sepakat dengan Muhammad Zafuan yang mahukan lebih masa untuk bermain.

Anak kelahiran Kangar itu bakal menyarung jersi Pulau Pinang untuk musim hadapan biarpun sudah menandatangani kontrak baru dengan PFA pada awal bulan ini.

Beliau dilihat turun beraksi bersama dengan pasukan Pulau Pinang pada aksi persahabatan pasukan itu baru-baru ini.

PFA melepaskan Muhammad Zafuan ke Pulau Pinang tanpa sebarang syarat yang dikenakan.

“Langkah ini diambil kerana Muhammad Zafuan memerlukan lebih banyak peluang bermain untuk merealisasikan impian beraksi di luar negara pada masa depan,” jelas PFA kepada Berita Harian.