Berita Asian Cup

Bento Mahu Korea Selatan Bermain Dengan Gaya Bolasepak Mereka

Korea Selatan, kata jurulatihnya, Paulo Bento, akan terus bermain cara mereka tersendiri selepas skuad Taeguk Warriors berjaya mara ke suku akhir Piala Asia 2019 dengan mengatasi Bahrain, semalam.

Anak buah Bento memerlukan lebih banyak masa untuk menundukkan Bahrain. Mereka memerlukan masa tambahan untuk menundukkan Bahrain selepas lawan mereka menjaringkan gol penyamaan 15 minit sebelum perlawanan tamat.

Gol daripada Hwang Hee-chang dan pemain gantian Kim Jin-su mengesahkan tempat pasukan Asia Timur ke peringkat suku akhir. Bento mengakui bahawa anak buahnya tidak berada di dalam prestasi terbaik sewaktu bertemu Bahrain.

Pada pertemuan bertemu Qatar di peringkat suku akhir nanti, Bento mengingatkan anak buahnya agar bermain dengan selesa dan tidak mengulangi kesilapan mudah.

“Saya fikir dalam perlawanan ini, mungkin persembahan itu tidak sebaik perlawanan sebelumnya. Apa yang berlaku ialah kita membuat banyak kesilapan yang mudah.

“Kami kehilangan bola dengan mudah, tanpa tekanan dari lawan yang tentunya menjadi lebih buruk bagi kami dan lebih mudah untuk Bahrain,” kata jurulatih daripada Portugal itu.

“Ideanya adalah untuk mengawal ciri-ciri terbaik yang dimiliki lawannya.”

“Sebagai contoh, gol kedua adalah sangat sukar kerana mereka tidak pernah memulakan permainan dengan hantaran pendek dan dalam situasi seperti ini, sukar untuk ditekan.

“Pada masa yang sama, penting untuk kami bermain hantaran bola panjang untuk membolehkan pasukan melakukan peralihan defensif dan bermain sejauh mungkin.”

Bento berkata Republik Korea tidak seimbang selepas berjaya menjaringkan gol pertama.

“Saya fikir dalam banyak detik permainan, kami tidak dapat melakukan perkara seperti itu. Ideanya ialah apabila kita menang 1-0, kita perlu mempunyai keseimbangan dalam pasukan, mampu bertahan dalam masa yang sama mampu juga mencari gol kedua.

“Kami tidak dapat melakukan ini, kerana kami tidak mengawal permainan.”

Republik Korea akan bertemu Qatar pada perlawanan suku akhir mereka di Stadium Bandaraya Sukan Zayed Abu Dhabi pada hari Jumaat, dan Bento berkata sasarannya adalah untuk menggunakan gaya permainan yang selesa ketika mereka menentang Qatar yang mempunyai rekoad jaringan yang baik.

“Kita harus bermain dengan cara yang telah kita mainkan sejak saya tiba. Saya fikir hampir semua perlawanan sehingga sekarang, kami bermain dengan cara yang sama, dengan satu-satunya pengecualian perlawanan (persahabatan) terhadap Australia di Brisbane.

“Dalam semua perlawanan lain, kami bermain gaya kami sendiri. Inilah yang telah kami lakukan sebelum ini dan apa yang akan kami lakukan dalam permainan seterusnya. Perlu ada keseimbangan antara bertahan dan mencetak gol. “