Luar Negara Berita

Swafoto Cristiano Ronaldo Diselar Ketika Kehilangan Emiliano Sala Masih Jadi Tanda Tanya

Cristiano Ronaldo dikritik teruk selepas memuat naik gambar beliau berswafoto di dalam kapal terbang miliknya selepas beberapa jam selepas berita tergempar pemain kelahiran Argentina, Emiliano Sala hilang.

Beliau yang mengaku bersalah melakukan penipuan cukai dan didenda sebanyak 18.8 juta euro oleh mahkamah Madrid telah memuat naik gambar tersebut di laman twitter miliknya.

Apa yang menjadi kemarahan netizen adalah apabila beliau memuat naik gambar tersebut selepas beberapa jam berita tentang kehilangan pemain baru Cardiff City tersebut,

Emiliano Sala, pemain bola sepak Argentina yang menandatangani untuk Cardiff City daripada kelab Nantes pada Sabtu lepas, berada dalam pesawat persendirian yang hilang berhampiran Kepulauan Channel pada petang Isnin.

Gambar yang dimuat naik oleh Ronaldo mendapat kritikan ramai pihak dan diantaranya adalah pemain lagenda England, Gary Lineker.

“Bukan hari ini untuk tweet sebegini, ia tidak patut (berlaku),” katanya.