Liga Super Malaysia

Penyokong Kedah bersuara untuk menyokong pasukan mereka

Dari Harian Metro, Penyokong Kedah tampil ke depan untuk menyokong pasukan mereka.

Menurut Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim:

“Sebagai penyokong setia, kami yakin KFA antara persatuan bola sepak berpengalaman di Malaysia mampu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin.

“Melalui apa yang sudah dilalui sebelum ini, KFA diyakini kerana memiliki kemampuan secara profesional mengatasi beberapa masalah seperti lesen AFC, sistem prasarana dan juga meningkatkan sistem pengurusan dari masa ke semasa.

“Soal gaji tertangguh kami jangkakan pengurusan KFA akan selesaikan dengan cara terbaik walaupun dipihak luar nampak seakan-akan sukar,” katanya.

Puaka Jerai juga berharap semua kelab penyokong Kedah kini perlu bersatu bagi menyatakan sokongan masing-masing dalam usaha KFA menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Jika ada perkara yang perlu difahami dengan lebih mendalam, mereka (kelab penyokong) haruslah menghubungi sendiri pihak pengurusan seperti Setiausaha Kehormat, Asmirul Anuar Aris bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat.

“Kami berharap semua kelab penyokong bertenang, berdoa dan beri ruang kepada pengurusan KFA untuk menyelesaikan hal permasalahan kewangan ini dengan cara yang terbaik.”

“Apa yang penting adalah jalan penyelesaian dapat dilakukan dan buat masa ini tidak manis jika kita menyalahkan mana-mana pihak termasuk pemain sekalipun sedangkan masalah belum dapat diselesaikan,” katanya.