Penyokong bolasepak di seluruh dunia menanti-nantikan pertembungan di antara Sepanyol dan Portugal malam semalam dan kita semua disajikan dengan aksi yang cukup menajubkan. Enam gol, satu jaringan hat-trick dan juga kemunculan Diego Costa.
Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan kepada pemain-pemain Sepanyol dan Portugal yang turun beraksi malam tadi:
Ratings Pemain Portugal
Rui Patricio - 6/10
Tidak boleh dipersalahkan untuk ketiga-tiga gol yang dijaringkan oleh Sepanyol
Cedric Soares - (7/10)
Antara pemain pertahanan Portugal yang bermain dengan baik malam tadi. Rajin membantu bahagian serangan.
Pepe - (6/10)
Tidak begitu efektif dalam menangani Diego Costa dan membaca pergerakan pemain-pemain Sepanyol
Jose Fonte - (6/10)
Digandingkan dengan Pepe dan sering dibuli oleh Diego Costa. Perlu perbaiki konsentrasi untuk perlawanan seterusnya.
Raphael Guirrero - (7/10)
Mantap dari segi defensif dan banyak melakukan larian di bahagian sayap. Namun, gagal menekan penyerang Sepanyol dengan lebih agresif.
William Carvalho - (7/10)
Menjadi pelindung kepada Pepe dan Jose Fonte. Cukup rajin di bahagian midfield dan agresif dalam melakukan terjahan.
Joao Moutinho - (7/10)
Cukup stabil dan sentiasa bekerjasama dengan Carvalho untuk mengekang kemaraan penyerang-penyerang Sepanyol.
Bruno Fernandes - (6/10)
Antara pemain Portugal yang gagal menyerlah malam tadi. Dikeluarkan pada babak kedua selepas menerima kad kuning.
Bernardo Silva (6/10)
Gagal menampilan prestasi yang menjadikannya antara pemain terbaik Manchester City. Dibawa keluar pada babak kedua.
Goncalo Guedes (6/10)
Mempunyai beberapa peluang berharga untuk merobek gawang Sepanyol pada babak pertama, namun gagal menyudahkan peluang-peluang tersebut.
Cristiano Ronaldo (10/10)
Apa lagi yang perlu diperkatakan tentang Cristiano Ronaldo? Muncul wira Portugal dengan jaringan hat-trick yang menyelamatkan mereka dari ambang kekalahan.
Ratings Pemain Sepanyol
David De Gea - 5/10
Tidak boleh disalahkan untuk gol pertama, namun kesilapan De Gea dalam menangani rembatan Ronaldo menghadiahkan gol kedua untuk Portugal. Persembahan yang kurang memuaskan dari De Gea.
Nacho - 7/10
Menghadiahkan sepakan penalti kepada Portugal seawal minit ke-4, namun bangkit semula untuk menjaringkan gol yang cukup cantik pada babak kedua.
Gerard Pique - 7/10
Cukup mantap malam ini. Bijak dalam mengawal Ronaldo, namun tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang Ronaldo dalam situasi 'set-piece'.
Sergio Ramos - 7/10
Seorang lagi pemain Sepanyol yang beraksi dengan bagus. Bijak membaca pergerakan Guedes.
Jordi Alba - 6/10
Stabil dari segi defensif, namun tidak begitu efektif dalam membantu jentera serangan.
Sergio Busquets - 7/10
Terus menjadi antara pemain paling penting dalam skuad Sepanyol. Melindungi Pique dan Ramos dengan cemerlang.
Koke - 7/10
Pemain yang cukup 'underrated'. Jarang menerima pujian, namun malam tadi, Koke membantu Sepanyol mengawal tempo perlawanan di bahagian tengah.
David Silva - 8/10
Bijak mencari ruang, dan menunjukkan gandingan yang bagus bersama Diego Costa
Isco - 9/10
Selain Costa, Isco muncul pemain terbaik Sepanyol. Menggunakan kreativitinya untuk memerangkap pemain pertahanan Portugal.
Andres Iniesta - 7/10
Banyak melakukan hantaran-hantaran bijak pada babak pertama, namun dibawa keluar pada babak kedua.
Diego Costa - 9/10
Cukup cemerlang malam tadi. Membuli pertahanan Portugal dengan mudah, dan berjaya meledak dua gol.