Walaupun kebanyakkan perpindahan yang dilakukan oleh kelab-kelab Malaysia sering melibatkan ‘free transer’ ataupun perpindahan percuma, namun para pemain-pemain yang beraksi di Liga Super Malaysia turut mempunyai nilai masing-masing.
Nilai seseorang pemain selalunya ditetapkan oleh kelab dan juga ‘market forces’, berdasarkan prestasi semasa pemain tersebut, reputasi karier pemain tersebut dan juga statistik-statistik yang relevan. Kami telah menggunakan data yang disediakan oleh laman web TransferMarkt untuk membina senarai 10 pemain paling bernilai di Liga Super Malaysia.
Berikut adalah senarai tersebut:
10. Kim Do-heon - Negeri Sembilan
Nilai: 350,000 Euro
Walaupun gagal menunjukkan persembahan yang positif bersama Negeri Sembilan musim ini, reputasi Kim Do-heon sebagai antara pemain paling berpengalaman di Liga Super meletakkannya di tangga k-10 dalam senarai pemain paling bernilai di Malaysia.
9. Yahor Zubovich - Melaka United
Nilai: 400,000 Euro
Penyerang Melaka yang berasal daripada Belarus ini merupakan antara pemain paling prolifik di Malaysia, dengan sembilan gol untuk skuad Hang Jebat setakat ini.
8. Nico Fernandez - Johor Darul Ta'zim
Nilai: 400,000 Euro
Penyerang Johor Darul Ta'zim ini gagal mendapatkan masa bermain secara konsisten sejak dimasukkan ke dalam skuad JDT, namun Nico Fernandez tetap mempunyai nilai yang cukup tinggi, menurut data TransferMarkt.com
7. Safiq Rahim - Johor Darul Ta'zim
Nilai: 400,000 Euro
Kapten JDT ini merupakan satu-satunya pemain tempatan (bukan kacukan/naturalisasi) yang berada dalam senarai ini, selepas memainkan peranan yang besar untuk membantu skuad Southern Tigers meraih pelbagai kejuaraan sejak tahun 2013.
6. Robert Cornthwaite - Perak FA
Nilai: 500,000 Euro
Pemain pertahanan Perak ini mempunyai nilai yang cukup tinggi, selepas menghabiskan 18 bulan sebagai kapten Western Sydney Wanderers di A-League, sebelum kembali beraksi di Malaysia pada awal tahun ini.
5. Liridon Krasniqi - Kedah FA
Nilai: 500,000 Euro
Tidak aneh untuk melihat nama Liridon dalam senarai ini. Pemain yang berasal daripada Kosovo ini cukup terkenal dengan corak permainan yang menarik dan pernah dikaitkan dengan kelab Liga Perancis, Angers SCO.
4. Wander Luiz - Perak FA
Nilai: 550,000 Euro
Perak ini menghuni tangga ke-2 di pentas Liga Super dan individu yang memainkan peranan yang paling besar dalam pencapaian tersebut adalah Wander Luiz. Beliau mempunyai nilai yang melebihi 500,000 Euros.
3. Gonzalo Cabrera - Johor Darul Ta'zim
Nilai: 750,000 Euro
Antara pemain yang paling konsisten dalam skuad Johor DT, Gonzalo Cabrera dinilai dengan tinggi oleh TransferMarkt.com. Bekas pemain muda Boca Juniors ini sudah meledak tiga gol untuk JDT musim ini.
2. Alvaro Silva - Kedah FA
Nilai: 800,000 Euro
Berdasarkan persembahannya bersama Kedah tahun ini, kami tidak menjangkakan nama Alvaro Silva akan berada dalam senarai ini. Namun, reputasinya sebagai bekas pemain Malaga menjadikan Alvaro Silva antara pemain paling bernilai di Malaysia.
10. Natxo Insa - Johor Darul Ta'zim
Nilai: 800,000 Euro
Selain Alvaro Silva, Natxo Insa turut mempunyai nilai yang cukup tinggi atas sebab pernah mewakili Levante FC di Sepanyol. Musim ini, Insa terus memainkan peranan yang besar untuk JDT, dengan 3 gol di pentas Liga Super setakat ini.