Santai Luar Negara

Bintang-bintang bolasepak yang pernah gagal menyempurnakan peluang terbuka

Peluang terbuka bermaksud keadaan yang menyaksikan pintu gol sudah tidak dikawal oleh penjaga gawang dan ia menjadi idaman setiap pemain yang gemar mencipta jaringan. Tentunya, ia satu situasi yang mudah.

Bagaimanapun, apa yang terjadi jika ia gagal disempurnakan? Pastinya berasa malu, terutama jika melibatkan pemain bertaraf dunia. Berikut adalah sebahagian antara mereka.

Diego Forlan

Salah seorang penyerang terbaik Uruguay ini adalah nama pertama yang gagal menyempurnakan peluang terbuka. Selepas penjaga gol melakukan kesilapan, Forlan berjaya mendapatkan bola dan hanya perlu menolak masuk ke dalam gol tetapi dia gagal melakukannya.

Freddie Ljungberg

Salah seorang legenda Arsenal dan Sweden ini tentunya menyesal apabila gagal menyempurkan peluang mudah. Jika melihat kepada video ini, jelas sekali dia meminta bola dan mahu mencipta jaringan, namun hasilnya cukup mengecewakan sehingga membuat Arsene Wenger hanya termenung menyaksikan situasi di depan gawang itu.

Neymar

Pemain termahal dunia ini juga salah seorang bintang yang pernah gagal menyempurkan peluang terbuka. Ia berlaku ketika mewakili skuad kebangsaan Brazil dalam aksi persahabtan bertemu Ecuador. Sentuhannya sekadar mengenai palang gol.

Cristiano Ronaldo

Ronaldo juga pernah melakukan kesilapan sama. Selepas gagal mencipta gol ketika bertemu Getafe, dia juga pernah melalui episode itu ketika bersama Manchester United. Hasil gerakan bersama Ryan Giggs dan Wayne Rooney itu telah disia-siakan oleh pemain Portugal ini.

Raheem Sterling

Naman Sterling melonjak naik pada musim ini di bawah kendalian Pep Guardiola, namun dia tidak terlepas daripada kesilapan mudah. Hantaran Kyle Walker gagal disempurnakan tatkala situasi menunjukkannya mudah untuk mencipta jaringan ketika berdepan Burnley dan dia sendiri seperti tidak percaya atas kegagalannya itu.

Alexis Sanchez

Ada yang mengatakan peluang yang diraih Sanchez itu sangat mudah, tetapi ada juga yang menyifatkannya berada dalam situasi sukar. Apa yang pasti, bekas pemain Arsenal itu menjadi bahan jenaka.

Fernando Torres

Kegagalan Torres menyumbat gol mudah ketika bertemu Manchester United adalah detik paling diingati peminat bola sepak, sehingga semua pemain di dunia digelar “Torres” apabila gagal menjaringkan gol menerusi peluang terbuka. Walaupun sudah melepasi halangan David De Gea, pemenang dua kali Kejohanan Eropah ini gagal menyempurnakannya.