Berita Luar Negara

Kisah had gaji di Liga Super China dan nasib kelompok bintang dunia

Dalam beberapa musim terakhir, nama Liga Super China sering didengari oleh penggemar bola sepak. Ia disebabkan oleh keberanian kebanyakan pasukan kelab dari negara itu yang menawarkan gaji lumayan buat pemain.

Sebagai contoh, Oscar yang kini bersama Shanghai SIPG menerima bayaran sebanyak 400 ribu Pound seminggu sementatara Axel Witsel meraih pendapatan sebanyak 300 ribu Pound di Tianjin Quanjian. Hebat? Sudah tentu kerana ia adalah setara dengan pendapatan yang dikutip beberapa bintang besar yang beraksi di pentas Eropah.

Oleh sebab itu, keberanian kelab-kelab dari negara Tirai Bambu itu membawa masuk pemain bintang dengan pendapatan lumayan telah dilihat secara purata oleh jawatankuasa bola sepak. Mereka berasa bahawa langkah itu akan memberikan ancaman kepada kewangan pasukan sehingga memberi kesan kepada kewujudan sesebuah pasukan.

Hasilnya, salah sebuah rencana yang sedang diusahakan oleh mereka adalah memperkenalkan penerapan had gaji terutamanya di pentas Liga Super China (liga utama) serta Liga Satu China (divisyen dua).

Menurut Chinadaily, Persatuan Bolasepak China (CFA) telah mengadakan perbincangan untuk membahaskan tentang kawalan had gaji buat pemain bola sepak yang beraksi di sana. Bukan setakat itu, salah satu usahanya adalah turut mengehadkan pengeluaran wang kelab pada paras 75 peratus daripada pendapatan pada setiap musim. Hal ini dilakukan agar setiap pasukan tidak akan mudah berbelanja sewenang-wenangnya.

Guangzhou Evergrande Taobao adalah salah sebuah pasukan yang terbukti tidak dapat mengawal kewangan dengan sihat. Pada musim 2017, mereka meraih keuntungan sehinggan 83 juta USD, satu jumlah yang agak tinggi tetapi nilai kerugian yang mereka kutip pada musim itu hampir dua kali ganda daripada keuntungan apabila mencatat lebih 155 juta USD.

Pihak CFA khuatir sekiranya budaya itu diteruskan oleh kebanyakan kelab di China, mereka mungkin boleh bankrap. Jika ia benar-benar dilakukan, jawatankuasa Liga China telah sepakat bahawa musim 2021 adalah titik permulaan buat penerapan batasan gaji. Selain daripada bermanfaat untuk semua, kewujudan peraturan akan dilakukan tiga tahun lagi kerana pihak jawatankuasa liga mahu memberikan tempoh persediaan buat semua pihak.

“Peraturan ini penting untuk saingan bola sepak di China. Pelaburan melibatkan gaji pemain sangat besar terutamanya bintang asing sehingga keadaan itu akan mengganggu masa depan Liga Super China di masa akan datang,” kata seorang pengulas bola sepak, Yuan Ye.