Santai Luar Negara

15 lagu tema menarik daripada beberapa kelab besar di Eropah

Barangan kelab seperti jersi, kain, topi dan cawan merupakan antara elemen yang mempunyai nilai komersial tersendiri. Bukan sekadar untuk mewujudkan pengenalan kelab tetapi ia juga untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat dan menjelaskan identiti.

Bercakap mengenai lagu tema, Football Tribe Indonesia cuba untuk mengumpulkan beberapa lagu yang popular, seronok didengar dan memiliki maksud mendalam daripada beberapa kelab di Eropah.

 

Atletico Madrid

Saat lagu ini dimainkan, anda akan mendengar terus sebutan Atletico di awal lagu. Sangat menarik.

Barcelona

Lagu El barca ini dikenali dengan nama El Cant del Barca.

Girona

Salah satu lagu terbaik ketika ini adalah milik Girona dan bukan pasukan atasan.

Real Madrid

Lagu milik pasukan terbaik di Liga Juara-Juara ini bertajuk Hala Madrid y Nada mas dan dicipta sejak 1982.

AC Milan

Salah sebuah pasukan gergasi Itali ini mempunyai lagu tema berjudul Milan, Milan!

Inter Milan

Seperti pasukan seteru mereka, Inter juga mempunyai lagu tema sendiri bertajuk Pazza Inter Amala.

Juventus

Lagu milik pasukan dari Turin ini bertajuk Storia Di Un Grande Amore.

Torino

Seperti pasukan lain di Turin, Torino juga memiliki lagu tema yang menarik dan diubah oleh band ska bernama Statuto dengan tajuk Cuore Toro.

Sassuolo

Lagu buat pasukan yang berpengkalan di Stadium Mapei ini sangat menarik kerana muzik irama rock digunakan, diberi tajuk Neroverdi, sesuai dengan Sassuolo.

Bayern Munich

Sama seperti kelab lain di Eropah, gergasi Jerman ini juga mempunyai lagu tema bertajuk Forever Number One.

Paris Saint-Germain

Allez Paris Saint-Germain adalah tajuk lagu tema buat pasukan yang beraksi di Parc Des Princes ini.

Arsenal

Pasukan kesayangan ketua pengarang Football Tribe Indonesia ini mempunyai lagu tema bertajuk We're On Your Side.

Chelsea

Blues is the colour adalah lagu tema pasukan The Blues yang dibina pada 1905 ini.

Manchester City

Kelab yang kaya-raya sejak dimiliki Abu Dhabi Group ini mempunyai lagu tema bertajuk Blue Moon.

Manchester United

Pasukan yang beraksi di Old Trafford ini mempunyai sebuah lagu tema yang sangat menarik bertajuk Glory Glory Man United.