Jika nama Jorge Mendes dan Mino Raiola sering dipetik sebagai dua ejen bolasepak yang paling berpengaruh, Gabriel Budi merupakan ejen bolasepak yang berstatus lagenda di Indonesia, dan sudah mula mencipta nama di seluruh Asia Tenggara.
Malah, Gabriel juga banyak membawa pemain asing ke Malaysia, termasuk Matias Cordoba yang pernah menyarung jersi Pulau Pinang, Ilija Spasojevic yang pernah menjadi kapten pasukan Melaka dan juga Shane Smeltz, yang pernah membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2016.
Untuk musim Liga 1 Indonesia 2018, yang baru sahaja bermula minggu lepas, Gabriel sekali lagi memainkan peranan yang besar dalam beberapa perpindahan gergasi, termasuk penghijrahan Marko Simic ke Persija Jakarta. Bekas pemain Negeri Sembilan dan Melaka United itu sudah mula menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan 2018 sebagai penjaring terbanyak di Indonesia.
Berikut adalah senarai lapan pemain baru yang dibawa masuk ke Indonesia oleh Gabriel Budi bagi tahun ini: