
Hujung minggu lepas, penyokong bolasepak Malaysia disajikan dengan siaran langsung bagi kesemua enam perlawanan Liga Super buat kali pertama dalam sejarah.
Empat daripada enam perlawanan tersebut ditayangkan di saluran RTM TVi, TV9 dan juga unifi TV, tetapi kesemua enam perlawanan tersebut turut disediakan di platform penstriman secara langsung, iflix.
Perkhidmatan ini akan diteruskan untuk Matchday 2 yang akan berlangsung pada hari Selasa (dua perlawanan) dan Rabu (empat perlawanan) ini.
Berikut adalah senarai penuh siaran langsung untuk Matchday 2 unifi Liga Super 2018!