Asia Malaysia

Piala AFC B-23: Malaysia tumpas 1-4 di tangan Iraq

Skuad B-23 tahun Malaysia mengalami kekalahan 1-4 di tangan Iraq dalam perlawanan pertama mereka di kejohanan Piala AFC B-23 tahun.

Datuk Ong Kim Swee menggunakan formasi 3-4-3 dengan barisan pemain yang mengandungi nama-nama seperti Thanabalan, Safawi Rasid, Nor Azam Azih dan juga Adam Nor Azlin.

Namun, Iraq hanya mengambil masa lima minit untuk membuka tirai jaringan apabila Farhan Shakor berjaya menembusi pertahanan Malaysia dengan mudah sebelum menanduk hantaran lintang rakan sepasukannya untuk meletakkan Iraq 1-0 di hadapan.

Pada minit ke-28, Iraq berjaya menjaringkan gol kedua mereka melalui sepakan deras Amjet Attwan, yang gagal diselamatkan oleh Ifwat Akmal.

10 minit selepas babak kedua bermula, Alaa Mahawi meledak untuk meningkatkan kelebihan jaringan Iraq kepada 3-0, sekaligus meletakkan mereka di posisi yang cukup selesa.

Anak buah Ong Kim Swee sempat mengurangkan defisit melalui jaringan Safawi Rasid pada minit ke 79, namun dua minit kemudian, Iraq mendapatkan satu lagi gol untuk membunuh harapan ‘comeback’ Malaysia.

Malaysia akan turun berdepan dengan Jordan pada 13 Januari, manakala Iraq pula akan menentang Saudi Arabia pada hari yang sama.