Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan A Piala AFC B-23 Tahun: Mampukah China bangkit di halaman sendiri?

CHINA

Ketua Jurulatih: Massimiliano Maddaloni
Pemain Tumpuan: Wei Shihao

Sebagai pasukan tuan rumah, China akan tekad untuk memperbaiki rekod mereka di kejohanan ini, selepas gagal meraih sebarang mata pada tahun 2014 dan 2016. Tahun ini, skuad ini mempunyai cukup kualiti untuk mencipta kejutan kerana mereka berada di dalam sebuah kumpulan yang agak sukar. Wei Shihao, bintang Shanghai SIPG yang menjadi antara penyerang terbaik di Liga Super China tahun lepas, akan mengemudi jentera serangan skuad China ini.

Walaupun mereka diberi slot automatik untuk kejohanan ini sebagai pasukan tuan rumah, China tetap berjaya menjadi juara kumpulan mereka di peringkat kelayakan dengan persembahan yang memberangsangkan. Jika skuad Massimiliano Maddaloni berjaya mencari rentak yang sama, mereka boleh mencipta kejutan kali ini.

Ini komen ketua jurulatih Massimiliano Maddaloni tentang peluang mereka sebagai tuan rumah: “Bagi kami, ini merupakan peluang yang cukup bagus – untuk bermain di hadapan penyokong kami. Ketika skuad senior bermain di peringkat kelayakan untuk Piala Dunia, mereka bermain di hadapan stadium yang penuh dalam setiap perlawanan. Kami mahu melihat situasi yang sama kali ini kerana penyokong mampu menjadi pemain ke-12 untuk pasukan ini.”

Trivia!

Sebelum mengambil alih skuad B-23 tahun China, Massimiliano Maddaloni menjadi penolong jurulatih kepada Marcelo Lippi di Guangzhou Evergrande dari tahun 2012 hingga 2014. .