Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan A Piala AFC B-23 Tahun: Mampukah China bangkit di halaman sendiri?

16 pasukan B-23 tahun dari seluruh Asia akan bertembung di China tapi kesemua negara ini bakal mempunyai, visi, misi dan aspirasi yang berlainan untuk Kejohanan AFC B-23 tahun ini. Ada yang mahu menggunakan kejohanan ini sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada pemain muda. Ada yang mahu membuktikan diri mereka di pentas antarabangsa buat kali pertama. Ada pula yang mahu membalas dendam kekalahan yang dialami pada edisi lepas kejohanan ini manakala ada pasukan yang sememangnya hanya mahu menjadi juara keseluruhan.

Perlawanan pertama akan berlangsung pada 9 Januari dan kami telah menyediakan artikel previu untuk setiap pasukan yang akan bertanding tahun ini. Berikut adalah previu untuk Kumpulan A!

 

Sebelumnya
Halaman 1 / 5