Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan A Piala AFC B-23 Tahun: Mampukah China bangkit di halaman sendiri?

QATAR

Photo Credit: AFC

Ketua Jurulatih: Felix Sanchez
Pemain Tumpuan: Akram Afif

Qatar mengharungi peringkat kelayakan dengan cukup selesa – mereka meraih kemenangan ke atas Turkmenistan dan India sebelum seri menentang Syria untuk menjadi juara Kumpulan C. Hakikatnya, pasukan ini tidak boleh dipandang rendah kerana ia mengandungi barisan pemain yang sudah serasi dengan satu sama lain. Ini merupakan barisan pemain yang berjaya mara ke separuh akhir kejohanan ini pada tahun 2016 dan sejak itu, keserasian di dalam skuad Felix Sanchez sudah bertambah baik.

Ahmad Moein mungkin antara pemain yang paling penting di atas padang namun pemain yang perlu diberi tumpuan adalah Afif Akram. Sepanjang 2017, dia menunjukkan peningkatan dari segi kebolehan, selepas menyertai KAS Eupen secara pinjaman daripada Villareal.

“Ini merupakan generasi pemain yang baru. Skuad ini adalah campuran barisan pemain dari skuad B-23 tahun dan juga skuad utama yang bermain di Gulf Cup dan akan bermain di Piala Asia. Tapi misi utama kami buat masa sekarang adalah untuk menenangi kejohanan AFC B-23 tahun untuk negara kami, keluarga kami dan untuk diri sendiri,” kata Akram.

Trivia!

Kapten pasukan Qatar, Ahmad Moein, dinobat sebagai Pemain Paling Bernila (MVP) di kejohanan AFC B-19 tahun pada tahun 2014.