Liga Super Malaysia

Kisah Balang Undian Peringkat Kumpulan AFC U23 Championship 2018

Tahniah kepada Datuk Ong Kim Swee dan skuad U23 negara yang telah berhaya mara ke kejohanan utama AFC U23 Championship 2018 di China, selepas muncul sebagai juara kumpulan H.

16 pasukan yang akan bertarung dalam kejohanan itu sudah pun lengkap dengan 3 daripadanya adalah wakil dari Asia Tenggara – Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Dalam kejohanan itu nanti, semua pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan 4 pasukan setiap kumpulan. Berdasarkan undian-undian yang dilakukan dalam 2 edisi terdahulu 2013 dan 2016, ranking pasukan dalam edisi terdahulu diambil kira untuk menentukan dalam balang undian manakah sesebuah pasukan itu berada.

Untuk edisi 2018, ranking prestasi pada edisi 2016 diambil kira dan mana-mana pasukan yang membuat penampilan pertama akan berada dalam balang undian 4.

Gambar dibawah menunjukkan ranking prestasi pasukan-pasukan yang bertanding dalam edisi 2016 di Doha, Qatar.

Dari gambar diatas, pasukan ranking teratas akan menghuni balang undian 1 mengikut turutan sehingga balang undia ke 4. Berdasarkan ranking prestasi pasukan pada 2016 itu, berikut adalah kedudukan pasukan dalam balang undian untuk proses undian kumpulan bagi kejohanan edisi 2018 akan datang.

Apapun keputusan undian itu nanti, kita perlu bersedia untuk menghadapi pasukan-pasukan terbaik Asia. Ini adalah satu peluang amat berharga yang jarang diperolehi. Pastinya lebih penting dari Sukan SEA.