AFC U23 Championship

Kecantikan pengurus Thailand U22 buat pemain lawan hilang fokus

Kelibat seorang wanita jelita di bangku simpanan pasukan Thailand U22 ketika perlawanan Kelayakan AFC U23 sering menjadi tumpuan media. Wanita itu ialah Watanya Wongopasi iaitu pengurus pasukan Thailand U22. Beliau merupakan pengurus wanita yang pertama dalam sejarah bolasepak Thailand.

Namanya cukup dikenali di Thailand kerana beliau merupakan salah satu ikon dalam dunia penyiaran. Wanita yang berusia 32 tahun ini mahu membuktikan perempuan juga mempunyai minat dan mampu menyumbang kepada kejayaan pasukan bolasepak.

“Saya mahukan cabaran baru dalam karier saya, malah suami saya merupakan penggemar sukan bola sepak”

“Seperti penyokong di Thailand, kami berkongsi matlamat yang sama, mengharapkan pasukan ini menjadi juara. Sukan ini ialah sesuatu yang kami tidak mahu lepaskan kerana ia merupakan sukan yang paling popular di Thailand dan kami mahu terus maju dalam sukan ini,” katanya.

Watanya merupakan bekas wartawan sebuah stesen televisyen Thailand

Watanya yang memulakan tugas selaku pengurus pasukan Thailand U22 sejak mei tahun lepas, sudah merangkul trofi Nations Cup yang berlangsung di Melaka pada 2 hingga 5 jun tahun lepas.

Presiden Persatuan Bolasepak Thailand FAT, Soomyot Poompanmuang berkata, pemilihan Watanya sememangnya bertepatan dengan hasrat persatuan bolasepak Thailand menyuntik imej korporat ke dalam pengurusan persatuan tersebut. FAT mahu meniru model dan konsep liga perdana inggeris dimana elemen komunikasi menjadi perkara penting dalam pengurusan bolasepak secara professional.

Thailand U22 layak menyertai Kejohanan AFC U23 selepas muncul sebagai tempat kedua terbaik dalam kumpulan H yang turut menyaksikan Malaysia menjadi juara kumpulan itu.

Selepas saingan Kelayakan AFC U23, kelibat Watanya akan dapat disaksikan dalam acara bolasepak Sukan SEA 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur bulan Ogos ini. Pasukan Thailand U22 telah memenangi pingat emas Sukan SEA sebanyak 15 kali dan andai mereka menang di KL, Thailand melakar sejarah kejuaraan hatrik sebanyak 4 kali.