Liga Super Malaysia

Skuad Bujang Senang bakal mendapat stadium ‘pintar’ baru?

Sarawak dijangka bakal menjadi negeri pertama yang menggunakan teknologi tinggi dan sistem pintar untuk stadium dan kemudahan sukan di Malaysia.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan yang turut menyatakan bahawa dia teruja bahawa Sarawak mempunyai keupayaan untuk melakukannya.

Memetik kata-katanya seperti dilaporkan The Borneo Post, Snowdan berkata: “Saya sangat teruja mengenainya dan Sarawak mempunyai ciri-ciri yang tepat untuk mencapai visi untuk menjadi kuasa besar sukan di negara ini dan di mana semua atlet akan mendapat akses kepada kemudahan sukan bertaraf dunia di sini.”

Baru-baru ini Snowdan dan delegasi dari Sarawak telah melawan Korea Selatan untuk meneroka peluang untuk kerjasama erat dengan syarikat peneraju teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk membangunkan sebuah stadium pintar dengan sistem pengurusan berteknologi tinggi.

Antara stadium pintar yang ada di dunia adalah Amsterdam Arena (Belanda), Stadium Allianz Riviera (Nice, Perancis), Stadium Sports City (Doha,Qatar), Stadion Estadio Chivas (Mexico) dan Estadio da Luz (Lisbon, Portugal).