Luar Negara

Marvel dan Adidas berkolaborasi hasilkan jersi bolasepak ‘Superhero’

Superhero dan bolasepak.

Siapa yang tidak gemarkan dua perkara ini. Dengan lambakan filem bertemakan superhero pada masa kini, hampir semua manusia di muka bumi ini mengenali watak-watak seperti Spiderman, Iron Man, Hulk dan ramai lagi.

Sempena musim panas ini yang kebetulan juga akan berlangsungnya Piala Dunia di Russia, Marvel dan Adidas dikhabarkan akan berkolaborasi untuk menghasilkan jersi bolasepak bertemakan superhero.

Menurut laman Footyheadline, setakat ini baru tiga rekaan yang akan dikeluarkan iatu jersi Iron Man, Hulk dan Spiderman. Ketiga-tiga rekaan akan mengikut personaliti dan karakter tiga adiwira ini.

 

 

Pasti anda semua teruja bukan? Memang cantik semua rekaan-rekaan jersi ini! Tetapi, malangnya, jersi ini hanya akan ada dalam saiz kanak-kanak sahaja. Kecewa bukan? Mungkin kita boleh membanjiri laman sosial Adidas dan meminta mereka menghasilkannya untuk saiz orang dewasa yang berjiwa kanak-kanak.