Jaringan Isco menjadi pemisah ketika Real Madrid terselamat daripada kebangkitan Manchester United untuk menang 2-1 sekali gus menjulang Piala Super UEFA di ibu negara Macedonia, awal pagi tadi. Casemiro meletakkan juara bertahan Liga Juara-Juara itu di depan pada minit ke-24 pada malam yang panas dekat Balkan dan Isco menggandakan kelebihan mereka tujuh minit bermula babak kedua menerusi gerakan satu dua dengan Gareth Bale.
Jurang perbezaan antara Real dengan Cristiano Ronaldo tampil sebagai pemain gantian lewat permainan – dan juara Piala Europa United yang dibimbangi Jose Mourinho akan memihak kepada gergasi Sepanyol itu dengan jaringan lebih besar. Namun, Romelu Lukaku kembali merapatkan kedudukan selepas sejam, menandakan penampilan kompetitif pertamanya buat United dan peningkatan besar dari kelab Liga Perdana Inggeris itu pada penghujung permainan.
Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan dengan skuad Zinedine Zidane memenangi trofi berkenaan buat kali kedua berturut-turut dan empat kali secara keseluruhan. Ini adalah kali kelapan dalam sembilan tahun kelab dari Sepanyol memenangi Piala Super.
“Semua kerana kerja keras. Kami tahu ada ramai pemain berbakat dalam pasukan ini dan mereka juga amat dahagakan kejayaan, mereka sentiasa mahukan yang lebih,” kata Zidane sejurus perlawanan. “Hari ini hampir menjadi perlawanan yang sempurna, dan babak pertama yang menakjubkan.” – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=tPCig1YDR_o