Other Editions

Hong Kong Lawan Singapura Persediaan Bertemu Malaysia

Pasukan Hong Kong akan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu pasukan negara jiran, Singapura pada 31 Ogos 2017 dalam rangka persiapan untuk menghadapi Malaysia dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019.

Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, merupakan suatu simulasi bagi pasukan Hong Kong untuk menghadapi Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September 2017 nanti.

Namun, sehingga artikel ini ditulis, masih tiada kemaskini berkenaan status perlawanan Hong Kong bertemu Singapura, samada dikategorikan sebagai perlawanan kelas A ataupun tidak.

Kemaskini: FIFA telah mengemaskini status perlawanan Singapura bertemu Hong Kong, ‘A match’.

Hong Kong yang mengutip 1 mata dari 2 perlawanan pertama mereka apabila seri 1-1  bertemu Korea Utara, jelas mempunyai misi serampang 2 mata apabila bertemu Malaysia.

Selain dari mahu menewaskan Malaysia untuk mencerahkan peluang untuk layak ke saingan Piala Asia 2019, mereka juga mahu merampas kembali kedudukan ke 6 dalam ranking AFC MA Ranking yang memberikan slot automatik dalam peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2019 dan 2020.

Kedua-dua pasukan akan bersaing hebat untuk merebut 2 peluang beraksi dalam kejohanan peringkat tertinggi Asia bagi pasukan kelab dan negara,

Mengikut rekod dalam laman web rasmi FIFA, Hong Kong telah dijadualkan akan mengadakan 2 perlawanan persahabatan bertemu Laos pada 5 Oktober 2017 dan Bahrain pada 9 November 2017, selain 2 lagi perlawanan dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Malaysia pada 10 Oktober 2017 dan Lebanon pada 14 November 2017.

Pengurusan skuad kebangsaan Malaysia perlu meneliti jadual perlawanan pasukan Hong Kong ini untuk memastikan pasukan negara mampu menewaskan Hong Kong disamping membantu pasukan kelab dalam Liga Super untuk bersaing mendapatkan slot AFC Champions League 2019 dan 2020.