FAM membuat keputusan untuk mencalonkan gol yang dijaringkan oleh Sean Eugene Selvaraj untuk bertanding dalam Anugerah Puskas 2022.
Perkara itu disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM pada mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 pada 11 Ogos lalu.
“Jawatankuasa mengesahkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, Datuk S. Sivasundaram.
“Untuk gol yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super 2022 menentang Selangor pada 31 Julai 2022 dihantar secara rasmi cadangan pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022.”
Gol yang dijaringkan Sean mendapat perhatian seluruh dunia, termasuk FIFA yang turut berkongsi jaringan itu di media sosialnya.
Jika menang, Sean akan menjadi pemain kedua Malaysia yang memenangi Anugerah Puskas selepas Faiz Subri pada 2016.