Malaysia Berita

Luqman Hakim bakal berhijrah ke Jepun?

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal menjalani percubaan dengan kelab divisyen 1 Liga Jepun (J1), Cerezo Osaka.

Bercakap kepada BH Sukan, Syed Saddiq menjelaskan bahawa pemain kelahiran Kelantan yang bernaung di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) akan diuji terlebih dahulu.

“Memang Jepun pun dah nampak dari awal prestasinya yang sangat baik dan boleh menjalani latihan serta menjadi penyumbang terbesar kepada negara tercinta pada masa akan datang,” katanya.

Reputsai Luqman telah diintai sejak beliau membantu skuad B-13 NFDP mejuarai Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada 2015 dan melakar rekod peribadi selaku penjaring terbanyak.