Liga Super Malaysia Berita

Hadi Fayyadh sertai Perak selepas 3 tahun berkelana di Jepun

Hadi Fayyadh diumumkan sebagai penyerang baharu Perak bagi musim 2023.

Ini setelah pemain berusia 23 tahun itu berkelana selama 3 tahun di Jepun.

Beliau yang membesar di Tanjung Malim menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan satu tahun bersama Perak.

“Saya lahir dan membesar di Perak,” kata Hadi ketika dalam sidang media majlis pelancaran jersi baharu 2023.

“Ini hometown saya, rumah saya. Saya berterima kasih dengan CEO Perak, Bobie Farid Shamsuddin dan ketua jurulatih, Lim Teong Kim yang berusaha payah untuk mendapatkan saya sampai jadi.

“Ia mengambil masa agak lama tapi alhamdulillah saya bersama keluarga Perak dan saya akan lakukan yang terbaik.”

Hadi menyasarkan Perak untuk kembali menjadi pasukan digeruni di Malaysia selepas tersingkir dari Liga Super dua tahun lalu.

“Saya nak bantu Perak bangun balik, kita tahu Perak satu pasukan yang sangat bagus satu ketika dahulu dan saya percaya kita akan dapat lakukannya lagi. Ia akan ambil masa tapi saya yakin ia boleh menjadi lagi.”