Luar Negara Berita

Bumbung AZ Alkmaar runtuh

Angin yang teruk telah memusnahkan bahagian atas AZ Alkmaar, AFA Stadium, semalam dengan sebahagian daripada bumbungnya runtuh.

Laporan daripada media tempatan menjelaskan bahawa tiada kecederaan direkodkan ketika bumbung itu jatuh.

Pengurus Besarnya, Robert Eenhoorn memberitahu wartawan: “Kejadian ini mengejutkan kita semua.

“Kami amat terkejut tapi lega tiada siapa yang cedera. Dalam beberapa hari ini kita akan memanggil pakar untuk menilai kerosakan. Selepas penyiasatan lengkap dijalankan, barulah kita akan beri ulasan lanjut mengenai kejadian ini.”