Liga Super Malaysia Berita

Selepas CEO Perak, bendahari pula letak jawatan

Selepas Rizal Ali Naizali meletakkan jawatan sebagai CEO Perak, Datuk Sham Mat Sahat pula bertindak meletakkan jawatan sebagai bendahari.

Beliau berkata, pengundurannya daripada jawatan itu adalah selepas selesai isu tunggakan gaji, tanpa menyatakan bila peletakan jawatannya berkuatkuasa namun mengakui pengundurannya adalah dalam waktu terdekat.

“Ya, selesai tunggakan gaji saya berundur,” katanya ringkas seperti dilaporkan Harian Metro.

Tindakannya itu kemungkinan ada kena mengena dengan kenyataan beliau sendiri yang menggesa para pemain supaya mempunyai ‘jiwa’ untuk terus bersama pasukan walaupun dibelenggu masalah tunggakan gaji.

Ini selepas empat pemain utama Perak meninggalkan pasukan termasuk kapten pasukan Shahrul Saad dan Guilherme De Paula yang menyertai JDT, manakala Kenny Pallraj dan J Partiban berhijrah ke KL City.