Luar Negara Eropah

Bakal ke Real Betis, Takashi Inui masih menjadi buruan kelab-kelab Eropah

Dalam diam, penyerang yang berasal dari Jepun, Takashi Inui, telah memilih untuk beraksi buat Real Betis dalam LaLiga bagi musim 2018/19. Walaupun sebelum ini dia telah mencapai persetujuan awal untuk kekal bersama Eibar sehingga Jun 2020, dia akhirnya memilih untuk berhijrah.

Sebenarnya, Eibar berkeinginan tinggi dalam meneruskan khidmat Inui. Bagaimanapun, mereka tidak mampu menyaingi tawaran gaji yang diberikan oleh Betis. Selain itu, wujud spekulasi bahawa jika pengurus, Jose Luis Mendilibar, kekal bersama pasukan, maka ramai pemain yang akan mengikut jejak langkahnya. Situasi itu tampak tipis untuk berlaku kerana khidmatnya giat diintai oleh beberapa kelab lain.

Masa tiga tahun yang diluangkan Inui bersama Eibar sangat baik. Dia didapatkan secara percuma selepas kontrak bersama Eintracht Frankfurt tamat, secara senyap Inui muncul sebagai kunci utama Eibar. Buktinya, dia mencatat 10 gol dalam tiga musim ini.

Dia juga menjadi pujaan penyokong pasukan kerana kejayaan merebut tempat dari bekas pemain Manchester United, Tiago Manuel Dias atau Bebe. Paling mencuri tumpuan pastinya dua gol di akhir musim lalu ketika bertemu Barcelona walaupun mereka tewas 4-2 dalam aksi tersebut.

Pada musim ini, pemain yang memulakan karier bersama Yokohama Marinos ini telah beraksi sebanyak 26 kali dan menyumbat tiga gol, meraih dua anugerah pemain terbaik perlawanan. Boleh dikatakan tempatnya dalam skuad kebangsaan Jepun untuk ke Piala Dunia sudah hampir pasti.

Dilahirkan pada 2 Jun 1988, Inui dalam setiap strategi pemasaran antarabangsa buat kelabnya yang baru naik ke liga tertinggi Sepanyol pada 2014.

Walaupun berasal dari kota kecil yang hanya diduduki sekitar 27 ribu penduduk, Eibar kerap mengadakan sesi jelajah untuk memperkenalkan pasukan. Situasi itu juga memberi peranan dalam pengenalan mereka di Jepun. Buktinya, bahasa Jepun boleh ditemui dalam laman web rasmi pasukan itu.

Maka, berakhirlah detik-detik indah Inui dan Eibar yang sudah pasti membuatkan kelab Basque itu rugi. Jika dilihat dari sudut pemain, Inui tentunya lebih berpeluang untuk tampil ke pentas yang lebih tinggi di Eropah bersama Betis yang kini dilatih oleh Enrique Setien.