Liga Super Malaysia Berita

Kelantan adakan perbincangan dengan Amri Yahyah

Pengurus pasukan Kelantan, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari mengesahkan terdapat perbincangan antara pihaknya dan penyerang veteran Amri Yahyah, namun masih belum boleh membuat sebarang keputusan.

Ini terutamanya selepas Kafa digesa untuk menjelaskan hutang tunggakan gaji pemain bagi mengelakkan pemotongan mata sebelum liga bermula pada bulan depan.

“Baru-baru ini ada ejen kepada Amri datang untuk berunding tetapi perbincangan itu tiada kata putus,” katanya kepada Sinar.

“Kita serah kepada Yusri sama ada beliau mahu atau tidak mengambil Amri

“Apa yang boleh saya katakan, di pihak pengurusan kita bagi sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan.”

Amri membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak di Selangor hujung musim lepas, apabila dilaporkan tidak lagi sehaluan dengan jurulatih B. Sathiananthan.

Sehingga kini, pemain berusia 38 tahun itu masih belum mempunyai pasukan.