Malaysia Berita

Akibat serang penyokong Malaysia, Indonesia diarah main stadium kosong

FIFA mengarahkan Indonesia supaya bermain dalam stadium kosong pada perlawanan menentang UAE pada 31 Mac depan selepas gagal mengawal rusuhan ke atas penyokong Malaysia pada kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Nov lalu.

Malah, Indonesia turut didenda sehingga RM1 juta.

Keputusan itu dianggap wajar selepas penyokong Indonesia memprovok Malaysia sejak sebelum bermula perlawanan dengan membaling batu ke arah penyokong pelawat.

Perlawanan juga terhenti seketika akibat balingan suar, malah penyokong Malaysia diserang di tempat duduk mereka sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-2 berpihak kepada Malaysia, namun penyokong terpaksa mengambil masa agak lama untuk keluar dari stadium kerana bimbang terhadap provokasi dan ancaman yang akan dilakukan penyokong Indonesia.

Bagaimanapun, FAM turut didenda RM211,000 selepas gagal mengawal penyokong ketika Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Nov lalu.