Malaysia Berita

FAM pantau isu keselamatan di Timur Barat

Tindakan Amerika Syarikat membunuh jeneral tertinggi Iran Qasem Soleimani di Iraq beberapa hari lalu mengundang keresahan apabila Iran dilaporkan mahu membalas dendam dengan menyerang Dubai, UAE dan bandar Israel, Haifa.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendedahkan pihaknya akan memantau isu keselamatan di Timur Barat dari semasa ke semasa menjelang perlawanan persahabatan menentang Bahrain pada bulan Mac nanti.

Malah, Malaysia akan terbang ke UAE untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada 26 Mac.

“Kita sedar apa yang sedang berlaku dan kita akan memantau keadaan,” katanya kepada The Star.

“Untuk perlawanan bertemu Bahrain, kita mempunyai pilihan sama ada mahu adakan atau tidak. Buat masa ini, ia akan diadakan tetapi kita akan pantau keadaan di rantau itu. Kita akan berhubung dengan kedutaan Malaysia sama ada selamat atau tidak.

“Untuk pusingan kelayakan nanti, pihak AFC dan FIFA yang akan tentukan. FAM akan ikut keputusan mereka.

“Kita percaya disebabkan isu keselamatan, pemeriksaan akan dibuat dan mereka mempunyai cara untuk menanganinya. Kita masih lagi ada tiga bulan, macam-macam benda boleh jadi.”