Eropah Berita

Russia digantung

Agensi Anti Doping Dunia telah memutuskan untuk menggantung penglibatan Rusia dalam segala penglibatan sukan selama empat tahun. Ianya termasuk juga penglibatan dalam Temasya Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020 dan Kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Perkara tersebut difahamkan komplikasi daripada penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet di Rusia yang masih berleluasa. Namun demikian, mana-mana atlet yang mampu membuktikan bebas daripada penyalahgunaan dadah akan diberikan pelepasan untuk bertanding di bawah bendera bebas. 

Dalam pada itu, Agensi Anti Doping Rusia diberi 21 hari untuk melakukan permohonan rayuan kepada  Agensi Anti Doping Dunia. 

Sementara itu, laporan berita mengesahkan penglibatan Rusia pada saingan EURO 2020 yang akan berlangsung di 12 bandar eropah yang terpilih. Ianya kerana UEFA tidak dianggap sebagai satu kejohanan besar yang terkesan dengan pelanggaran undang-undang berkaitan doping.

Rusia merupakan salah satu pasukan yang telah layak ke EURO 2020 dan juga merupakan salah satu negara yang menjadi tuan rumah dikalangan 12 negara yang lain.