Liga Super Malaysia Berita

Pemain kacukan Nick Swirad sertai Selangor

Seorang lagi pemain kacukan, Nicholas Swirad secara rasminya menyertai Selangor bagi musim 2020.

Pemain yang berasal dari Manchester, United Kingdom itu membuat keputusan tersebut berkemungkinan selepas PKNS telah diserap sebagai Selangor II dan mendapat tawaran kontrak di bawah pengurusan FAS.

Walaupun belum diketahui sama ada Nick akan beraksi di Selangor atau Selangor II, namun Nick bakal bersaing dengan Taylor Regan dan Rodney Celvin Akwensivie di posisi pertahanan.

Nick mula dikenali ramai apabila beliau menyertai JDTII pada 2016.

Pemain berusia 28 tahun itu kemudiannya berhijrah ke Melaka pada 2018 selepas setahun dipinjamkan ke pasukan itu pada 2017.

Nick kemudiannya menyertai PKNS FC dan dibawah kendalian K. Rajagobal, beliau menjadi watak penting bersama-sama Rodney.

Sama seperti seorang lagi pemain Selangor iaitu Brendan Gan, Nick mempunyai pertalian darah Malaysia kerana ibunya yang berasal daripada Pulau Pinang, sekali gus melayakkan dirinya bermain untuk skuad kebangsaan.

Aksinya yang memberangsangkan turut menarik perhatian Tan Cheng Hoe apabila menyenaraikan beliau pada bulan Mac tahun ini, namun tidak kesampaian apabila beliau mengalami kecederaan.